Halaman

Rabu, 16 Mac 2011

SUPERMAN PUN ADA KELEMAHAN

AWAS ENTRI INI BAHAYA!!! SERAM DAN MENAKUTKAN!!! *joke...ok2..serius la ni. nk bergurau pun tak blh. nk bagi saspens la skit utk permulaan cerita.


tajuk di atas tu sebenarnya utk menarik perhatian je.. (nk minta perhatian ^_^)..buat muka super comel*

aih...gurau lagi..ok2...serius..


tajuk sebenar: Ekspresi Dirimu


KATA HATI: KITA NI KHALIFAH RUPANYA!!!..Khalifah. Bunyinya memang hebat. Berdegar-degar. Tetapi kita ini lemah saja. Hendak angkat guni seberas pun sudah berhempas pulas. Baiki itu, rosak ini. serba serbi tidak larat dan kurang. Macam mana mahu jadi pemimpin? Macam mana mahu jadi khalifah?


FIKIR AKAL: Superman pun punya kelemahan. Paling jelas : Superman punya masalah mental (jgn marah ye peminat superman). Pakai se***r dalam diluar. Ini menunjukkan tiada manusia yang sunyi daripada kesalahan., bahkan yang digelar manusia superrrrrrr


Kerana itulah kita mahu sempurna dulu, mahu tunggu serba serbi pandai dahulu, barulah mahu melakukan sesuatu; maksudnya perkara itu tidak tidak akan terjadi. Mustahil. Sampai bila2 manusia akan kekal lemah dan membuat kesilapan.

oleh kerana kita ini insan yang lemah, maka kita mulakan tanggungjawab kita dengan menjaga diri sendiri dahulu. Kita ini sebahagian daripada dunia. Satu unit daripada alam ini. Sebaik manapun dunia, jika kita seorang ini jahat, maka ikut jahat jugalah dunia ini nanti.


TEGUH HATI: Hebat manusia bukan pada FIZIKAL. Tetapi pada AKAL. Manusia superrr punya minda yang hebat, bukan hanya luaran sahaja nampak hebat.


Kenapalah kita ini serba tidak kena? Ada saja yang kurang. Ada saja orang tidak berkenan. Buat begini orang marah. Buat begini orang merajuk. Saya ni memang tak ada bakat. Buat ni tak betul. Buat ni salah!!! arrghhhhhhhhhh geram nya!!! sebab tu saya diam je. sebab saya malu dan takut sekiranya saya melakukan kesilapan ketika berkomunikasi.


Manusia jadi menarik dgn mekap. Mekap percakapan kita supaya buat orang tertarik. Tapi ingat!!! Cakap sudah bagus. Bukan main layan lagi berbual. Sembang sampai lima jam. Tetapi apa kita cakap, orang tidak ingat. Sebab apa?? Sebab diisi dengan perbalahan. Sebab semua nak menang. Semua nak betul. Semua nak diiktiraf sebagai anugerah bintang popular berita sensasi. Manusia mana mahu kalah; semua mahu menang. Apatah lagi kalah dengan orang yang dianggap lebih lemah, lebih cetek dan lebih muda daripadanya. Malu.


Oleh itu kita pun enggan kalah dengan orang lain Kita selalu rasa mengalah itu kalah. Dan kalah itu salah. Jadi orang yang mengalah itulah yang bersalah. Sebab itulah mati2 kita mahu menang. Enggan berundur walau setapak. Kita rasa tergugat apabila mengalah. Walhal mengalah bukan kalah. Apalagi kalah langsung tidak sama dengan salah. Menunduk tidak menjadikan kita rendah. Mendongak tidak menjadikan kita tinggi. Yang naik itu cuma kepala, yang turun juga cuma kepala.

Tiada ulasan: