Halaman

Khamis, 17 Mac 2011

Dimana Kekuatan Kita..?? kalau mungkin kuatnya superman pada 'S' nya..


Dimana Kekuatan Kita..??

kalau mungkin kuatnya superman pada 'S' nya..
kalau mungkin kuatnya batman pada 'B' nye..
kalau mungkin kuatnya pendekar pada 'keris'nya..
kalau mungkin kuatnya ibu pada 'naluri'nya..
kalau mungkin kuatnya cinta pada 'hati'nya..
kalau mungkin kuatnya iman pada 'mujahadah'nya.
.

(walau hakikatnya, kuat dan mampu semuanya hanya dengan izinNya)

bagaimana dengan kita?
letakkanlah kategori mana kekuatan kita..

tapi cuba kita renungkan kembali..
dimanakah kekuatan bilal bin rabah tatkala beliau dihempap dengan batu diatas badannya ditengah-tengah padang pasir..

dimanakah kekuatan khabbab bin aratz ketika dipanggang hidup-hidup sehingga lemak-lemak dibadannya mematikan arang yang membakarnya..

dimanakah kekuatan zainab al-ghazali ketika diuji dengan keganasan rejim jamal abd. naseer di penjara..

dimanakah kekuatan Syeikh Ahmad Yassin yang lumpuh namun tetap tangkas menggerakkan pejuang2 palestin sekaligus menakutkan rejim2 israel laknatullah..

dimanakah kekuatan Rasulullah s.a.w sehingga dahsyat sekali rentetan kisah perjuangannya..

sedangkan mereka juga manusia biasa yang Allah cipta..

dan kita?

dimanakah kekuatan daeiyah yang tidak pernah berputus asa dalam membina manusia bersama-samanya..

dimanakah kekuatan ummat islam sebenarnya???
itulah dia..

ruh yang kuat akan menggerakkan jasadi walau ia telah mati!

1. Hai orang yang berselimut
2. bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)
3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,
4. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan.
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
8. Sebutlah nama Rabbmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.
9. (Dia-lah) Rabb masyrik dan maghrib, tiada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung.
10. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.
11. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.


(surah muzammil,73)

kalau kita perasan, dalam surah al-muzammil ini, ada 5 amalan yang menjadi bekalan kekuatan untuk kita terus tsabat dalam meneruskan langkah yang sukar dan panjang ini..para daei, bersedia untuk dengar dan taat dengan apa yang Allah berikan:

1. Qiamullail
2. Baca Al-Quran dengan tartil
3. Zikir
4. fokus
5. SABAR


subhanallah,cantiknya aturan Allah..

patutlah para sahabat terdahulu terkenal dengan 'takwa'nya..

selaras dengan amalnya..

kita pulak?

eh silap!

AKU pulak!?

jom sama-sama;

tingkatkan amalan ruhi untuk medapatkan kekutan ruhi..

kekuatan yang akan meningkatkan takwa dan menambahkan rasa pergantungan kita hanya kepadaNya..

kekuatan yang memberi rasa wala' kepadaNya dan tajarrud dengan dunia..

kekuatan yang akan melahirkan rasa izzah dengan apa yang dibawanya..

kekuatan yang bakal melahirkan insan seperti Bilal, Ammar, Sumayyah, Zainab, Syed Qutb dan mereka semua yang terdahulu merasai nikmat berada dalam perjuangan dalam kecintaan kepadaNya.

"..Sungguh, yang PALING MULIA disisi Allah ialah ORANG YANG BERTAKWA."(49:13)

1 ulasan:

The Golden Wardrobe berkata...

Kak mcm ne ktk letak mixpod sia? kmk dah cuba pi xpat