Halaman

Rabu, 20 April 2011

kategori manakah kita?



Kata Diri: Kawan ketawa ramai. Kawan menangis tiada seorg. Kanapa begitu beb?

Fikir Akal: Ada 3 jenis manusia yg kita jumpa dlm hidup kita. Semuanya berbeza.


Yg pertama, kenalan. Kenalan ni blh jd org yg kita tahu namanya atau tidak. Boleh jadi kita jumpa di tengah jln, melambai pd kita dan kita melambai balik..(buat2 knl ke ni). Dia senyum kita, kita senyum balik. Kita rasa kita kenal dia. Kita pernah jumpa dia. Oh dia ni. Jumpa kat kenduri kahwin anak Kak Limah. Itu kenalan namanya.

Siapa dia, di mana dia belajar ataupun bekerja. Itu kita tidak pasti. Siapa ibunya, apa kerja bapanya. Baikkah dia? Em..nampak ya. Senonohkah dia? Rasanya ya.

Kenalan itu org yg kita sedar kehadirannya tetapi tidak jelas dia yg sebenarnya.

Yang kedua KAWAN. Yang ini kita tahu namanya, siapa nama ibu bapanya. Mana asalnya, mana tinggalnya.Kadang2 air apa yg di suka pun kita tahu.
Kita tahu perangainya. Oh dia ni kuat merajuk. Dia ni suka marah2..ceria la..nak marah je. Itu kata kita. Kita tahu apa yg blh diharapkan daripada dia. Kawan ni org selalu berada di samping kita dan kita tahu peribadinya.

Yang ketiga SAHABAT
Sahabat ni semuanya sama dgn kawan. Cuma da sikit ciri2 keistimewaan ttg sahabat.
Sahabat ni sentiasa bersama kita, tidak kira susah mahupun senang. Dia tidak akan ikut falsafah ini :"mengambil kesempatan di dalam kesempitan org lain"Sahabat ni baik dan buruk kita, dia simpan. Kita ini bukan sempurna pun. Superman pun ada kelemahan kan. Itu baru org super kita ni tak la super mana.
Teman ni tidak hanya memuji saja. Dia tahu menegur. Tapi menegur dgn cara halusssss dan blh kita terima...bkn kasar!!! Ini kerana dia knl kita. Dia tahu kita ni mcm mana.
Bukan sahabat namanya jika asyik nak memuji je. Nak mengampu sana sini. Baju guni pun dikatakan cantik. Hakikatnya tak cantik pun.

Yang sama2 ketawa itu kenalan, kawan dan teman. Tetapi yg benar2 menemani tangis hingga reda itu cum SAHABAT.


Teguh hati: Seribu kenalan itu terlalu sedikit. Kerana di dlm nya cuma ada puluhan kawan. Belum tentu ada seorg sahabat.

Rabu, 13 April 2011

BALADA SEORANG GADIS KECIL


Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Bait-bait kata yang terdapat dalam lagu balada seorang gadis kecil. Sebuah lagu puisi nyanyian Zubir Ali. Ada apa dengan lagu ini sehingga menarik minat remaja seperti saya. saya menggunakan khidmat Encik Google untuk mengetahui kisah Zubir Ali. Setiap malam saya mendengar lagu ini. Kadang keluar juga suara comel saya yang turut serta mendendangkan lagu ini. Saya memang minat lagu puisi ini. Ebiet G. Ade merupakan pelopor lagu puisi dan puitis yang popular di indonesia.

Tahukah anda semua

Sezaman dengan Kembara dan M. Nasir, Zubir Ali ialah pelopor lagu-lagu puisi yang cukup aktif. Toleransinya kepada dunia puisi sangat tinggi dan beliau merupakan antara pejuang terawal lagu puisi.

Tahukah anda semua

Mindanya bercabang, kreativitinya bersilang dan hanya kepada dunia lagu-lagu puisi dia berdagang. Album pertama Harmoni terjual melebihi angka 50,000 unit dan ini diikuti dengan album kedua mereka.

Tahukah anda semua

Selain Penantian, Balada Gadis Kecil dan Doa, lagu-lagu lain yang pernah dirakamkan oleh Harmoni ialah Nyanyian Ombak, Harga Diri,Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang dan Erti Pengorbanan.

Bagaimanapun sukses Harmoni dan lagu-lagu puisinya tidak panjang apabila berpisah pada tahun 1985. Dua anggotanya, Joei dan Ogy memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Azie juga selesa bergerak sendirian, tinggal Zubir keseorangan meneruskan perjuangan. Harmoni tidak pernah berkubur dek kerana iktikad Zubir untuk mempertahankannya meskipun dia sendirian.

apa yang menyedihkan saya ialah zaman kegemilangan lagu puisi pada tahun 1980-an tidak bertahan lama apabila masyarakat pada zaman itu meminati genre muzik rock tatakala ketika itu populariti muzik rock dan balada membanjiri industri muzik. Namun fenomena tersebut tidak mematahkan perjuangan Zubir Ali sebagai perjuang lagu puisi sehingga pada tahun 2011 ini, masih wujud pertandingan lagu puisi anjuran sekolah mahupun institudi pendidikan yang lain. Malahan setiap kali ada acara yang bertemakan kemasyarakatan lagu puisi menjadi keutamaan untuk persembahan. Pasti sahaja Zubir Ali turut serta. Sebagai contoh Malam puisi Utusan Demimu Palestin di Istana Budaya. Lagu balada seorang gadis kecil memang kena dengan tema tersebut. Rupa-rupanya Malam Puisi Demimu Palestin merupakan acara terakhir Zubir Ali. Kira-kira 43 hari selepas acara itu Zubir Ali dipanggil pulang oleh penciptaNYA pada usia 59 tahun. Tuhan, berikanlah kesejahteraan kepada rohnya. Biarlah dia mencari damai yang paling abadi di sisi Tuhan Maha Esa. Al-Fatihah!
Nah, terbukti bukan jasa Zubir Ali yang merupakan pelopor lagu puisi di Malaysia ini.

LIRIK LAGU BALADA SEORANG GADIS KECIL

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina