Halaman

Rabu, 9 Mac 2011

Kerana diriku begitu berharga!!!! Aku insan yang mahal


Assalamualaikum semua..anda rasa anda berharga tak? Jadi tanya pd diri brapa nilai anda..ada yang akan kata aku ini tak ternilai harganya. tak boleh di cari ganti. Kita ni mahal. Haha..banyak jawapan yang saya dapat. Ada jugak manusia yang murah harganya. Boleh bagi free je kt org lain. Ish2..murah sangat ke kita ini. Lebih2 lagi perempuan kan kita mesti nampak mahal. Sukar utk dapat. Berkualiti.

kata diri: Mcm mana nk jadi insan yang mahal ni?!!

kata hati: senang je. pakailah barang yang ada jenama. nanti semua mata terbeliak tengok kita. Sebab kita ni mahal.


Ish2..setuju ke. Cuba kita bagi contoh barang yang cantik. kita akan perhati dulu barang tu. Ui...berkualiti. Pstu tengok label harga. Fuyoo...mahal tu.
Macam tu jugak kita. Mula2 org perhatikan kita. Cantik la budak perempuan ni. Kacak la budak lelaki tu. Pastu kita tengok perilaku dia. Budak baik. Soleh. Budak Surau tu..susah ni kalau nak tackle. Ni barulah insan yang mahal beb. tak ternilai harganya.

kata diri: Macam mana nak dapatkan cinta budak surau ni. Aku ni taklah handsome mana pun. Manis tu adalah.

kata hati: Perlukah aku berubah kerana cinta? Hipokrit ke aku.


kita perlu berubah kerana cinta. Kerana kita cintakan Allah. Cintakan Rasul. Kita cintakan islam.
Cuba kita lihat di luar sana. Kahwin atas dasar cinta manusia. Peluk islam atas dasar cinta manusia. Takkan kekal beb. Cinta 7 tahun sebelum kahwin. Masa kahwin sepak terajang. tu ke cinta. lain pulak kes peluk islam atas dasar cinta manusia. lepas cerai kembali ke agama asal. kesimpulannya cinta sesama manusia takkan kekal.

kata diri: Masa bercinta semua manis, marahpun manis, baru kahwin lagi manis, dapat anak pengalaman manis, dapat cucu manis2, bila dah tua yang tinggal hanya KENCING MANIS.

kata hati: hah? kencing manis..


kerana diriku begitu berharga. kita ni berharga. Nak pasangan pun yang berharga jugak. Yang kaya. Yang cantik. Tu ke yang di katakan berharga. Yang berharga di maksudkan adalah kita ni ada kualiti. Baik. Taat kepada Allah. Kita ni berharga di mata Allah. Tak perlu paras rupa mahupun darjat. Semua tu hanyalah pinjaman sahaja. Paras rupa semakin hari semakin murah. Sebab apa? semakin kita tua semakin banyaklah kedut di muka. Tetapi sikap yang baik akan menjadikan kita semakin mahal. Lebih mahal. Orang hormat kita sebab kita baik. Walaupun muka tak cantik tapi hati kita baik.

Tiada ulasan: