Halaman

Isnin, 6 Disember 2010

Masalah datang lagi?!! Apa yg perlu dilakukan?!!!



Assalamualaikum semua..hah..fenomena yg tertera di atas mesti selalu terjadi kpd anda kan? begitu juga dgn sy..tak kira BESAR mahupun kecil...kadang2 kita tidak tertahan sehingga kita terduduk dan menangis...ceh..hehe..pa2 pun setiap yg berlaku ada hikmahnya..

MUKADIMAH
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak
terlepas daripada menghadapi masalah. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada AL-QURAN dan AL-SUNNAH disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya (sy pun pelajar juga), disarankan agar membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.(mujarab nih)

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat.
Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika
berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling
akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan
amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara
pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga
malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan
dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan
dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam
Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu
azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya
yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah
yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh
itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah
menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti
percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila
kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan
kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa
ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan
tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain"
ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai
contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan
tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila
kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah
untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan
mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah,
kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih
ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu
memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.


hah..itulah ubat mujarab utk penyakit yg bernama "masalah" ni..jgn dipendam masalah tu...luahkan je..kalau tak da org nk dgr, Allah kan ada..kalau nk luahkan dgn sy pun blh juga.hehe...sy SEDIA MEMBANTU...saya bukan AH LONG, sy cuma nk TOLONG..tak kiralah siapa yg memberi nasihat - Aysraf (imam muda), Mawi, Ramli Sarip mahupun kartun dalam tv tu, semua nasihat yg ikhlas dan berguna, mempunyai nilai di sisi Allah. Jadi, janganlah pandang kepada siapa yg memberi nasihat, tapi pandanglah kpd isi nasihat itu sendiri. Manusia hanyalah alat utk menyampaikan maksud ye...^_^ (senyum tak perlu kata apa2)

Dengar sini ukhti nak pesan..ceh ukhti la pulak...ok la...emm...ana nk pesan

"Suatu hari nanti, apabila kita semakin dewasa, dan telah pulih dari penyakit ini, kita akan pandang ke belakang dan akan ingat, apa perasaan kita pada ketika ini, dan mungkin kiata akan kata pd diri - 'Jahil dan bodohnya aku dulu.... Terlalu sgt ikut perasaan... Skg barulah aku sedar, dunia ini lebih luas drpd apa yg kita nampak dgn mata kasar. Masalah2 dulu tu, mcm daki jer kat kuku bila dibandingkan dgn dunia yg luas ni..." (daki di kuku pulak jd contoh ye..tak de benda lain ke?)"

Tiada ulasan: