Halaman

Rabu, 20 April 2011

kategori manakah kita?



Kata Diri: Kawan ketawa ramai. Kawan menangis tiada seorg. Kanapa begitu beb?

Fikir Akal: Ada 3 jenis manusia yg kita jumpa dlm hidup kita. Semuanya berbeza.


Yg pertama, kenalan. Kenalan ni blh jd org yg kita tahu namanya atau tidak. Boleh jadi kita jumpa di tengah jln, melambai pd kita dan kita melambai balik..(buat2 knl ke ni). Dia senyum kita, kita senyum balik. Kita rasa kita kenal dia. Kita pernah jumpa dia. Oh dia ni. Jumpa kat kenduri kahwin anak Kak Limah. Itu kenalan namanya.

Siapa dia, di mana dia belajar ataupun bekerja. Itu kita tidak pasti. Siapa ibunya, apa kerja bapanya. Baikkah dia? Em..nampak ya. Senonohkah dia? Rasanya ya.

Kenalan itu org yg kita sedar kehadirannya tetapi tidak jelas dia yg sebenarnya.

Yang kedua KAWAN. Yang ini kita tahu namanya, siapa nama ibu bapanya. Mana asalnya, mana tinggalnya.Kadang2 air apa yg di suka pun kita tahu.
Kita tahu perangainya. Oh dia ni kuat merajuk. Dia ni suka marah2..ceria la..nak marah je. Itu kata kita. Kita tahu apa yg blh diharapkan daripada dia. Kawan ni org selalu berada di samping kita dan kita tahu peribadinya.

Yang ketiga SAHABAT
Sahabat ni semuanya sama dgn kawan. Cuma da sikit ciri2 keistimewaan ttg sahabat.
Sahabat ni sentiasa bersama kita, tidak kira susah mahupun senang. Dia tidak akan ikut falsafah ini :"mengambil kesempatan di dalam kesempitan org lain"Sahabat ni baik dan buruk kita, dia simpan. Kita ini bukan sempurna pun. Superman pun ada kelemahan kan. Itu baru org super kita ni tak la super mana.
Teman ni tidak hanya memuji saja. Dia tahu menegur. Tapi menegur dgn cara halusssss dan blh kita terima...bkn kasar!!! Ini kerana dia knl kita. Dia tahu kita ni mcm mana.
Bukan sahabat namanya jika asyik nak memuji je. Nak mengampu sana sini. Baju guni pun dikatakan cantik. Hakikatnya tak cantik pun.

Yang sama2 ketawa itu kenalan, kawan dan teman. Tetapi yg benar2 menemani tangis hingga reda itu cum SAHABAT.


Teguh hati: Seribu kenalan itu terlalu sedikit. Kerana di dlm nya cuma ada puluhan kawan. Belum tentu ada seorg sahabat.

2 ulasan:

mafirah berkata...

SAHABAT SEJATI SENTIASA DI HATI~ MOGA UKHUWAH BEREKEKALAN HENDAKNYA =)

Azree berkata...

Sahabat itu sukar ditemui,

Bila dah jumpa,

InsyaAllah, dialah yang sentiasa hadir dalam diri..

;)