Halaman

Khamis, 10 Februari 2011

Encik Kentang memberi nasihat tentang benci~


Assalamualaikum antum semua~ pernah mkn kentang...suka kentang apa? kentang goreng? kentang rebus?...hah...mak cik yang senyum tu katanya suka kentang yang kat dalam sup ayam tu...sedap tu..hehe...ah...adik adik soghir (kecil) sukakan kerepek kentang...memang best lh Encik Kentang ni...semua org suka kat dia..caya lh!!!! hah....tapi satu lagi psl Encik Kentang ni yang boleh memberi nasihat kpd kita...emm...nasihat!! kentang mana blh brcakap~..


beban kebencian~


Al-Kisahhhhhhhhh d sebuah sekolah...bayangkan sekolah antum lh...lagi senangkn..jadikan diri sendiri watak utama..hehe..ok2...d spontankn cerita seorang Ustazah ni beritahu kat pelajar dia lh supaya membawa beg plastik beserta kentang yg sudah d tulis nama dgn individu yg memberi benci...tidak d beritahu berapa jumlah kentang tersebut..terpulang kpd pelajar utk membawanya...

Pada hari yg d arahkan, masing2 pelajar membawa kentang dlm beg plastik...ada yg bawa 2 biji kentang, 3 biji kentang, malahan ada yg bawa 6 biji kentang~...Ustazah tu arahkan sekali lagi bahawa kentang yg mereka bawa tu hendaklah d bawa ke mana sahaja mereka pergi...ke tandas ke, ke kantin, mahupun bilik tidur selama seminggu..~



Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 biji kentang, selain berat baunya juga tidak sedap.




Setelah 1 minggu pelajar merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir.

Ustazah : " Bagaimana rasanya membawa kentang selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dari pelajar, pada umumnya mereka tidak merasa selesa membawa kentang-kentang busuk tersebut ke mana pun mereka pergi.

Ustazah pun menjelaskan mengenai arahan yg d beri kpd pelajarnya~

Ustazah : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa apabila kita tidak mampu memaafkan orang lain. Sungguh tidak menyenangkan membawa kentang busuk kemana pun kita pergi. Itu hanya 1 minggu bagaimana jika kita membawa kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak selesanya hidup kita.

Pelajar yg membawa 6 biji kentang mula menundukkan muka..

Tiada ulasan: